Tuesday 28 March 2017

BISNES CARA RASULULLAH

Tajuk tu macam gah jgk,cara bisnes rasulullah saw

Sy akan kongsi kan beberapa point yg boleh kita ikuti

Sebagaimana yg kita tahu rasullullah ni idola teragung setiap yg bergelar muslim

Rasullullah menjalankan urusan perniagaan semasa umur baginda masih muda..dalam perniagaan juga lah baginda bertemu dengan kekasih hati dia saidatina khadijah.,usahawan yg unggul

Kita juga tahu bahawa perniagaan atau bisnes itu satu sunnah

9/10 rezeki datang dari perniagaan

Untuk mendapat keberkatan dan rezeki dalam 9/10 tu,ada rules dan adab2 yg perlu kita jaga

Lagi2 bila kita bermuamalat dengan manusia,iaitu pembeli

Tapi,jangan pula dalam menjaga adab dan hati pembeli,kita lupa menjaga adab kita dengan pemilik hati2 itu😊

1.AKLAK MULIA

Dalam urusan bisnes,kita berdepan dengan manusia kan,,jadi kejujuran dan amanah amatlah penting utk kita dapat pelanggan, rakan niaga

Akhlak mulia dan terpuji itu wajar kita contohi demi menjaga perhubungan antara kita dan customer2 kita

2.TIDAK PERNAH BERDEBAT

Rasulullah sungguh terpuji akhlaknya..Baginda tidak pernah menyakiti hati peniaga2 lain

Dalam konteks ini,erti yg sama tidak pernah berdebat dengan peniaga lain untuk mendapatkan pelanggan atau customer

Cantas mencantas untuk dapatkan customer

Tidak pernah berdebat ni juga boleh diertikan berdebat dengan customer..Rasulllah tidak pernah marah / murka dengaan pelanggan yg tidak mahu membeli dari baginda

Kuasa membeli terletak ditangan pembeli/customer..jadi bila macam2 kerenah cutomer,kita perlu terima dengan hati yg terbuka😊

Contohnya A macam2 kerenah soalan yg kita nampak gayanya dia bukan nak membeli dengan kita pun,x perlu nak bertegang leher dengan dia,just say next to cust B.

3. SENTIASA SENYUM

Rasullullah merupakan seorang yg murah sangat dengan senyuman. Sekali gus menjadi daya penarik utk pelanggan mendekati kedai baginda

Itu secara offline..muka kena sentiasa ceria..walaupun kita ada masalah,jangan tunjukkan muka masam mencuka tu😒

Kalau secara online pula,masa kita deal dengan prospek tu,cara kita reply dan respond mesej tu,bykkan emoji2 yg hepi..baru hepi prospek tu nak deal dengan kita..nak close deal pun senang

Macam kita la juga..ramai yg dalam ni suka online shopping kan..macam mana perasaan kita kalau seller tu balas sepatah..emoji xde pun..kita pun mcm nak cari seller lain yg jual benda yg sama kan😊

4. TIDAK BERSUMPAH PALSU

Ciri2 peniaga yg ada pada baginda rasul ialah tidak mengamalkan sumpah palsu,saksi palsu,riba,penipuan atau pasaran gelap

Dengan bersumpah palsu bukan sahaja akan merugikan dan menzalimi orang,akan tetapi menjadiKn peniagaan itu tidak lancar.

Jadi untuk menjadi peniaga yg berjaya,kita kena berani berdepan dengan kritiKn..Jangan pula kita sanggup utk bersumpah palsu demi menutup aib barang atau diri kita

5.PRODUK BERKUALITI

Rasullullah bijak memasarkan produk yg menepati citarasa pengguna dengan berkualiti. ALLAH telah berfirman yg bermaksud ' Wahai manusia! Makanlah apa yg baik & dihaLalkan di dunia dan jangan lah kamu mengikuti jejak langkah syaitan ( al- baqarah : 168)

Kita cuba untuk menyelesaikam masalah2 pelanggan tu dengan menawarkan produk2 yg berkualiti dan memberi impak yg positif terhadap pengguna

Bukan sekadar mengaut keuntungan semata2

Mcm kita bisnes mj ni,Dr Maryam dan cuba hasilkan produk yg berkualiti yg tidak mempunyai bahan kimia yg membahaya kpd pengguna

Jadi dalam masa yv sama,produk yg berkualiti itu juga membuatkan hati pengguna / pembeli itu bahagia😍

6. MENGGALAKKAN ORANG LAIN BERNIAGA

Rasulullah bekerja keras untuk mencari pendapatan yg halal juga membantu orang lain maju di dalam perniagaan mereka

Kita juga boleh sahut sunnah rasul ni dengan memngembangkan lagu empayar bisnes kita dan berkongsi peluang perniagaan dengan kawan2,sedara mara ,adik beradik kan

Jadi secara tidak langsung dengan peluang yg kita berikan kepada mereka2 itu,kita juag turut mendapat tempias pahala tu

Rasullullah memulakan karier perniaagaannya secara kecil kecilan di kota Mekah.Baginda membeli barangan dari pasar dan menjualnya kepada orang lain. Inilah konsepnasa dalam perniagaan iaitu membeli dan menjual

Macam kita dalam mj ni,bermula dari kecil dulu iaitu sebagai ejen kan..bila dah dapat rentak buat sales dan kembangkan empayar kita,lama kelamaan bisnes tu berkembang dan kita beroleh kejayaan

Semuanya bermula dengan sedikit sebelum menjadi banyak😊

Ok,Last point

7. PENENTUAN HARGA BARANG

Semasa peneTapan harga barang jualan,rasulullah mengamalkan satu kaedah yg sungguh jelas dan adil.Persaingan tidak sihat seperti perang harga yg melampau adalah dilarang spt yg dinyatakan dalam sebuah hadis bermaksud ( janganlah kamu menyaingi (secara tidak sihat) penjualan saudaramu sendiri ) - hadis riwayat bukhori dan muslim

Perang harga tu maksudnya buang hrga la

Perang harga ni memang jenis perniagaan yg tidak sihat dan xde keberkatan di dalamnya

Dalam mj pun Dr Maryam memandang serius hal ni..sape2 yg buang hrga memmang akan kena terminate terus keahliannya dan dibuang dari keluarga mj😊

Memang pun betul apa yg rasullullah ajrkan ni..sebab bila peniaga pakat buang harga akan memberi impak yg besar kepada peniaga2 lain

Boleh ke? Hehehe

Contohnya macam sabun dah ditetapkan hrga jual rm45 kat cust..tapi sebab kita nak cust ni beli dengan kita dan barang kita cepat abis,kita jual rm35 sabun tu dengan cust

So mesti ramai2 pakat serbu beli dengan kita kan..cara mcm tu,aniaya kat kawan2 kita yg sesa ejen jgk

Sbb ty juga Dr Maryam x bagi jual dalam lazada,shoppe etc,utk jaga hal tu la..buang hrga ni bagi kesan pada jangka masa panjang

Jadi sama2 la kita jadikan apa yg rasullullah dah ajarkan kpd kita semua sebagai garis panduan dalam bisnes kita utk mendapat keberkatan dari Allah

Sebab  stp sen keuntungan yg kita dapat dari jualan kita tu,kalau tak berkat,takutnya bila dah jadi darah daging keturunan kita

Semoga kita semua terpelihara dari azab api neraka

So sampai sini sahaja perkongsian kita malam ni😊

1 comment: